SEARCH

PSS PKBP

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN




Peraturan Perpustakaan

KEAHLIAN

Keahlian perpustakaan dibuka kepada semua Guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan Pelajar untuk kemudahan meminjam buku.

PERATURAN AM

1. Semua Guru, PPM dan Pelajar mesti mematuhi peraturan perpustakaan sekolah.
2. Sesiapa yang melanggar peraturan Perpustakaan akan digantung daripada menggunakan kemudahan  
    Perpustakaan oleh Guru Perpustakaan.
3. Semua Guru perlu mengisi buku pendaftaran masuk perpustakaan.
4. Pengguna komputer juga perlu mengisi buku log yang disediakan.

WAKTU PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ini dibuka pada waktu yang berikut:

Isnin hingga Khamis :   08.30 – 12.30 / 02.45 – 04.3
Jumaat :    08.30 – 12.30 / 02.45 – 04.30

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

1. Perpustakaan ialah tempat untuk membaca, mengulang kaji dan membuat penyelidikan. Oleh yang 
    demikian, pengguna TIDAK dibenarkan membuat bising

2. Barang yang dibawa ke dalam perpustakaan.
2.1 Jika pelajar membawa buku bukan milikan Perpustakaan ke dalam Perpustakaan, buku tersebut
      perlu ditunjukkan kepada Guru Perpustakaan.
2.2 Beg-beg dan barangan lain mesti diletakkan di luar Perpustakaan. Pihak Perpustakaan TIDAK
      bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan barang tersebut.
2.3 Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan membawa makanan atau minuman ke dalam Perpustakaan.

3. Semua pengguna hendaklah menunjukkan semua barang kepada Guru perpustakaan yang bertugas
    untuk pemeriksaan semasa hendak keluar dari Perpustakaan.
4. Pengguna Perpustakaan TIDAK dibenarkan makan, minum, meludah atau tidur di dalam
    Perpustakaan.
5. Seseorang pengguna Perpustakaan TIDAK dibenarkan menggunakan kad ahli orang lain atau
    meminjam / memulang buku bagi pihak orang lain.
6. Seseorang pelajar yang TIDAK mematuhi mana-mana peraturan di bahagian ini akan dikenakan
    tindakan tatatertib seperti yang berikut:
6.1  Amaran
6.2  Denda
6.3  Penggantungan daripada penggunaan mana-mana atau kesemua kemudahan Perpustakaan.

7. Pengguna Perpustakaan perlu menanda buku yang diambil dengan pembaris yang disediakan
    dan menyimpan kembali buku di tempat asal apabila hendak meninggalkan Perpustakaan.

8.Semua Pengguna TIDAK dibenarkan menconteng, mengoyak atau mengambil bahan bacaan
   tanpa kebenaran.

9.Dilarang merosakkan sebarang kemudahan awam Perpustakaan.

PINJAMAN BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN

1. Jangka masa pinjaman untuk bahan-bahan Perpustakaan telah ditetadan peraturan ini mesti 
    dipatuhi setiap masa.

2.Sesiapa pun TIDAK dibenarkan membawa keluar apa-apa barang Perpustakaan tanpa
   pinjaman yang sah.

3.Pelajar dibenarkan meminjam sebuah buku pada setiap kali bagi tempoh 1 minggu.

4.Semua bahan yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh akhir tempoh
   pemulangan. Denda pemulangan lewat ialah RM 0.20 sehari (termasuk hari Sabtu, Ahad
   dan cuti am).

5. Kehilangan atau kerosakan bahan Perpustakaan mesti dilaporkan dengan segera kepada
    pihak Perpustakaan. Pengguna akan dikenakan bayaran ganti rugi 2 kali ganda harga asal
    untuk bahan yang dihilangkan.

6.Guru Perpustakaan berhak mengambil balik sebarang buku yang telah dipinjam oleh
   peminjam pada bila-bila masa jika perlu.

7.Sebelum cuti penggal akhir, semua buku yang dipinjam mesti dikembalikan supaya kerja
   pengemasan dapat dijalankan.


PERANCANGAN TAHUN 2011
1.      Pameran BBM Minggu Sains – PS PKBP & AJK Jawatankuasa Matapelajaran Sains (7.3.2011 – 11.3.2011)
2.      Pameran BBM Minggu Matematik – PS PKBP & AJK Jawatankuasa Matapelajaran Matematik (4.4.2011 – 8.4.2011)
3.      Pameran BBM Minggu Bahasa Malaysia – PS PKBP & AJK Jawatankuasa Matapelajaran Bahasa Malasia (9.5.2011 – 13.5.2011)
4.      Pameran BBM Minggu Bahasa Inggeris – PS PKBP & AJK Jawatankuasa Matepelajaran Bahasa Inggeris (20.6.2011 – 24.6.2011)
5.      Minggu Pendidikan Khas PKBP -  PS PKBP & PSS (11.7.2011 – 15.7.2011)
·         Sehari Sepatah Perkataan
·         Pameran aktiviti PKBP 2011
·         Pameran Kraftangan pelajar PKBP
·         Pameran lukisan pelajar PKBP
·         Tayangan video tema pendidikan khas
·         Pameran buku pendidikan khas

Disediakan oleh,
CHUA PEI MEI
Guru Perpustakaan dan Media PKBP
Sek.Men.Keb. Jelutong

No comments:

Post a Comment