SEARCH

PERPUSTAKAAN

Pameran Kemahiran Hidup 2013


Sempena Minggu Kemahiran Hidup, Panitia Kemahiran Hidup telah bekerjasama dengan PSS untuk mengadakan pameran Kemahiran hidup di sudut pameran. Pameran ini bermula dari 11 Mac hingga 31 Mac 2013.

 
TEMA : KEMAHIRAN PENJANA KECEMERLANGAN KERJAYA



Pameran Hari Wanita 2013


Menghormati Hak Wanita .......

Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2013 untuk menghargai sumbangan dan jasa wanita kepada pembangunan negara dan masyarakat. PSS bersama dengan Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan satu pameran untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang peranan wantia dalam pembangunan negara. Pameran ini berlangsung dari 1 Mac hingga 10 Mac 2013.

                                                        
TEMA : WANITA PENJANA PEMBANGUNAN NEGARA





Pameran Pendidikan Islam 2013


Pameran Pendidikan Islam 2013 telah dijalankan pada 1 Mac hingga 10 Mac 2013 sempena Minggu Pendidikan Islam. PSS bekerjasama dengan panitia Pendidikan Islam menjalankan pameran ini.

TEMA :  KHURAFAT




Pameran Pendidikan Moral 2013


Nilai-nilai Murni......

Sempena Minggu Pendidikan Moral, PSS bersama dengan Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan pameran Pendidikan Moral di sudut pameran di perpustakaan. Pameran ini berlangsung dari 1 Mac hingga 10 Mac 2013.

TEMA : SEMANGAT PATRIOTISME





Pertandingan Teka Teki 2013 ( 猜谜语 )


Pertandingan ini dijalankan dengan bekerjasama Persatuan Bahasa Cina pada 1 Mac 2013. Pelajar-pelajar diberikan soalan-soalan dan mereka perlu menulis jawapan di atas kertas yang diberikan.


Peserta-peserta sedang membaca soalan

Soalan-soalan ditayangkan untuk rujukan peserta


Soalan-soalan ditayangkan untuk rujukan peserta


Peserta sedang mecatatkan jawapan
Keputusan Pertandingan Teka-teki 2013.....

                  

Pertama :   
Khor Wei Loon 4SN 

Kedua   :   
Liew Teik Kai 3C

Ketiga    :  
Ong Chen Pin 4VK1

Tahniah dan Syabas ............

Pameran Buku 2013

Buku Pencetus Ilmu......

Pusat Sumber Sekolah telah menjemput tiga buah syarikat iaitu Book Zone, AKEA dan E-learning datang untuk mengadakan pameran buku di bilik seminar. Pameran ini berangsung pada 26 Feb 2013
( Selasa ) dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. 


SURAT PEMBERITAHUAN 

LAMPIRAN

Kepada,

GURU-GURU SESI PAGI

Satu pameran buku yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah akan dijalankan di Bilik Seminar Sekolah pada hari Selasa bersamaan dengan 26 Februari 2013. Pameran buku ini akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Semua guru dan pelajar sesi pagi dijemput pergi menyaksikan pameran buku tersebut. Diminta kerjasama semua guru membawa pelajar-pelajar kelas guru tersebut mengikut masa yang ditetapkan dan mengawal disiplin mereka.


Masa
Kelas

9.00 – 9.30
4 SN dan 4 VK1

9.30 - 10.10
3 Biru dan 3 Cyan

10.10 – 10.50
5 VK1 dan 5 SN

10.50 – 11.30
3 Hijau dan 3 Indigo dan 3 Jingga

11.30 – 12.00
5 KM 1 dan 5 KM 2

12.00 – 12.30
4 VK 2 dan 5 VK2

12.30 – 1.05
4 KM 1 dan 4 KM 2





Disediakan oleh,                                                   Diluluskan oleh,



-----------------------------                                      ------------------------------  
(     SEE BEE KHIM     )                                      (    TEH PANG ENG    )
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA,         PENGETUA,  
SEK.MEN. KEB. JELUTONG.                           SEK. MEN. KEB. JELUTONG.              


 LAMPIRAN

Kepada,

GURU-GURU SESI PETANG

Satu pameran buku yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah akan dijalankan di Bilik Seminar Sekolah pada hari Selasa bersamaan dengan 26 Februari 2013. Pameran buku ini akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Semua guru dan pelajar sesi petang dijemput pergi menyaksikan pameran buku tersebut. Diminta kerjasama semua guru membawa pelajar-pelajar kelas guru tersebut mengikut masa yang ditetapkan dan mengawal disiplin mereka.


Masa
Kelas

1.10 – 2.00
Peralihan , Semua Kelas Tingkatan 1

2.00 – 3.00
Semua Kelas Tingkatan 2


Disediakan oleh,                                                 Disahkan oleh,


-----------------------------                                      ------------------------------  
(    SEE BEE KHIM      )                                      (    TEH PANG ENG    )
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA,         PENGETUA,  
SEK.MEN. KEB. JELUTONG.                           SEK. MEN. KEB. JELUTONG

CONTOH BORANG PESANAN BUKU

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEK.MEN. KEB. JELUTONG
PULAU PINANG

BORANG PESANAN BUKU 2013
Kepada,

KETUA PANITIA ……………………………………

Bil.
Judul Buku
Syarikat
Harga ( RM )


























































Disediakan oleh,



………………………………….
(                                                  )          







Pelajar-pelajar sedang mencari buku rujukan mereka

Pameran Bahasa Malaysia 2013 

Bahasa Jiwa Bangsa ....

Pameran ini diadakan pada 25 Feb hingga 10 Mac 2013. Aktiviti ini adalah kerjasama antara PSS dengan Panitia Bahasa Malaysia. Pameran kali ini bertemakan " Permainan Tradisional " .









Pertandingan Mereka Cipta Ang Pau ( 红包 ) 2013

Pertandingan ini telah diadakan untuk mengekalkan tradisi kaum Cina dan memberi kesedaran kepada warga pelajar kepentingan pengekalan sesuatu tradisi. PSS telah bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Moral, Panitia Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Cina menjalankan akitiviti ini.











Pelajar-pelajar sedang berusaha 
menghasilkan ang pau.......








Hasil-hasil pelajar dipamerkan di sudut pameran di perpustakaan........














Tulisan Kaligrafi ( 挥春 ) 2013

Aktiviti tulisan kaligrafi merupakan salah satu kegiatan yang dijalankan sewaktu menjelang Tahun Baru Cina. Pertandingan tulisan kaligrafi telah diadakan dengan bekerjasama dengan Persatuan Bahasa Cina. Aktiviti ini telah dijalankan pada 1 Feb 2013. 



Pengetua sekolah telah dijemput untuk merasmikan pertandingan
tulisan kaligrafi ini

Pengetua menulis tulisan kaligrafi

Inilah tulisan kaligrafi pengetua SMK Jelutong


Pelajar-pelajar telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka menikmati keseronokan dalam menulis tulisan kaligrafi ini.






Hasil-hasil Pelajar......













Pameran Budaya Cina 2013


Tahun Baru Cina  2013 ..... Tahun Ular

Tanggal 10 Feb 2013 Tahun Baru Cina. PSS telah bekerjasama dengan Panitia Bahasa Cina dan Panitia Pendidikan Moral mengadakan pameran budaya Cina dengan tujuan untuk mengekalkan tradisi kaum. Pameran ini berlangsung dari 28 Jan 2013 hingga 24 Feb 2013. Tema untuk tahun ini ialah 恭喜发财.


Bahan-bahan tradisi kaum Cina 


Buku-buku budaya kaum Cina

Ang Pau Hasilan Pelajar 

Tulisan Kaligrafi Pengetua Sekolah SMK Jelutong En Teh Pang Eng










Pertandingan Menggunting Kertas ( 剪纸 ) 2013

Sempena Tahun Baru Cina, PSS telah bekerjasama dengan Persatuan Bahasa Cina mengadakan pertandingan ini. Pertandingan ini berlangsung pada 25 Jan 2013. Pelajar-pelajar digalakkan menghasilkan corak yang unik dan istimewa.






Pengetua dijemput ke majlis untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.


Pemenang Ketiga Lim Jing Li 3B

Pemenang Kedua Candy Nee 5KM1

Pemenang Pertama Wu Soo Chyang 5SN


TAHNIAH DAN SYABAS




Mesyuarat AJK Kerja PSS 2013


SURAT PANGGILAN

Mesyuarat AJK Kerja PSS Kali Pertama 2013



                                                               Ruj. Kami : Bil(1)dlm.SMKJPP/06/07/020(2013)

                                                               Tarikh       :  10 Jan 2013


........................................


Tuan / Puan / Cik,


MESYUARAT  JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK JELUTONG KALI PERTAMA TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.


2.        Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut :


           Tarikh             : 14.01.2013 ( Isnin)

           Masa               :  1.10 tengahari

           Tempat           :  Perpustakaan, SMK Jelutong.


3.        Agenda mesyuarat adalah :

           3.1      Ucapan Aluan Pengerusi

           3.2      Pengesahan Minit Mesyuarat

           3.3      Perkara-perkara Berbangkit

           3.4      Perancangan Tahunan PSS

           3.5      Hal-hal lain


4.        Tuan/Puan/Cik dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat ini demi kepentingan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah di sepanjang tahun 2013.


Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “


Yang menjalankan tugas,




……………………

( SEE BEE KHIM )

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

SEK.MEN.KEB.JELUTONG


Khidmat Sekolah 2013


Selamat menjalankan tugas ......

Pelajar-pelajar telah berkumpul di sekolah pada pukul 700 pagi untuk memulakan khidmat sekolah ini. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjalankan gotong-royong itu. Aktiviti ini dijalankan pada 12 Jan 2013.

Pelajar-pelajar sedang membersihkan kawasan sekolah

Pelajar-pelajar sedang menyapu daun kering

Pelajar sedang mengecat pagar sekolah





Pameran Buku-buku Ilmiah 2013


Tahun Baru 2013....

Pelajar-pelajar perlu dipupuk minat untuk membaca. Pameran ini membawa kepada pelajar-pelajar buku-buku yang baru diperoleh oleh PSS. Pameran ini berlangsung dari 3 Jan 2013 hingga 27 Jan 2013 di sudut pameran di Pusat Sumber Sekolah.








 Orientasi Pelajar 2013


Selamat Datang ke SMK Jelutong......

Orientasi Pelajar baru telah dijalankan pada 29 Dis 2013. Pelajar-pelajar baru telah didedahkan kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah.

Guru Perpustakaan dan Media sedang memberi taklimat

Pelajar-pelajar baru mendengar taklimat

Guru Perpustakaan dan Media

2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013 2013



Pameran Bahasa Inggeris 2012






Khidmat Masyarakat 2012





Pameran Earth Day 2012






Pameran Pendidikan Moral 2012




Pameran Hari Wanita 2012





Pameran Pendidikan Islam 2012





Pameran Buku 2012





Pameran Bahasa Malaysia 2012





Penilaian Semula Pusat Sumber Cemerlang 2012




Pameran Hari Valentine 2012

Bunga ros...Coklat....Cincin...Teddy bear......

Hari Valentine jatuh pada 14 Feb setiap tahun. Sejarah perayaan Hari Valentine, hadiah-hadiah, bunga ros dan lain-lain telah dipamerkan di sudut pameran. 




Pertandingan Mereka Cipta Ang Pau 2012

Ang Pau....Ang Pau....

Sempena Tahun Baru Cina, PSS telah bersama Panitia Pendidikan Moral menganjurkan pertandingan mereka cipta ang pau. Kertas merah diedarkan kepada pelajar untuk direkacipta. Pertandingan berlangsung pada 9-12 Jan 2012.




Bengkel Kemahiran Maklumat 2012

Bengkel ini dijalankan untuk ahli perpustakaan sahaja. Tujuan adalah untuk membolehkan ahli perpustakaan lebih mengenali peraturan, kemudahan yang disediakan, proses di sirkulasi..........
Bengkel ini diadakan pada 14 jan 2012.
Ahli Perpustakaan sedang mencari maklumat




Ahli Perpustakaan sedang mencari maklumat


Pameran Budaya Cina 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012.....恭喜发财
Sempena Tahun Baru Cina, Tahun Naga, PSS telah bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Bahasa Cina mengadakan pameran ini. Pameran ini berlangsung dari 9 Jan hingga 7 Feb 2012.




Pameran Buku-buku Ilmiah 2012

Buku-buku....

Pameran ini sebagai membuka tirai untuk sambutan tahun baru 2012. Pameran ini dijalankan dari 3 Jan 2012 hingga 8 Jan 2012.



Buku-buku yang dipamerkan di sudut pameran

 



Orientasi Pelajar 2012

Selamat Datang ke Sek. Men.Keb. Jelutong.......
Aktiviti ini dijalankan pada 30 Dis 2011.
Guru Perpustakaan dan Media sedang memberi taklimat kepada pelajar baru
Pelajar baru sedang mendengar taklimat


2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012


Lawatan Rombongan SMK St. Goerge ( P )  

Satu rombongan seramai 40 pelajar bersama dengan 7 guru telah membuat lawatan sambil belajar ke pusat sumber sekolah pada 14 Nov 2011.



Pelajar mendengar taklimat pengetua




Tanda Penghargaan

Rombongan Dari SMK St. Goerge (P)


Lawatan Rombongan SMK Penang Free                                 





Seramai 40 orang pelajar dari SMK Penang Free telah mengunjungi pusat sumber sekolah pada 18

Julai 2011.
Lawatan Rombongan SMJK Heng Ee

Seramai 40 orang pelajar diiringi oleh 2 orang cikgu dari SMJK He Ee telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PSS.




Rombongan Dari SMJK Heng Ee

Pameran Geografi


Pameran ini telah dijalankan dengan mempamerkan bahan-bahan yang dibuat daripada barang kitar semula.




Bahan Pameran
Hasil-hasil  daripada Bahan Kitar Semula

Lawatan Ke Pulau Pangkor 
Pelajar telah mengambil bahagian dalam kecergasan semasa membuat lawatan ke Pulau Pangkor.


Pelajar sedang mendengar taklimat

Lawatan Ke Pulau Pangkor

Pameran Kemahiran Hidup   

Pameran in telah mempamerkan hasil pelajar dalam pertandingan Kemahiran Hidup.
Hasil Pelajar

Hasil Pelajar


Pameran Hari Ibu 

Pameran ini mempamerkan kad-kad hasil pelajar sempena sambutan Hari Ibu.


Kad-kad Yang Dibuat Oleh Pelajar

Kad-kad Yang Dibuat Oleh Pelajar



Pameran Hari Guru 

Pameran ini dijalankan sempena sambutan hari guru peringkat kebangsaan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral.


Kad-kad Pelajar Untuk Guru

Hasil Pelajar Untuk Guru Kesayangan Mereka Dipamerkan


Pameran Bahasa Inggeris

Pameran ini dijalankan bersama Panitia Bahasa Inggeris.



Bahan Pameran Bahasa Inggeris

Bahan Pameran Bahasa Inggeris

Pusat Sumber Cemerlang

Pusat Sumber SMK Jelutong telah memenangi Johan PSS Cemerlang kategori bandar untuk tahun 2010.

Penyerahan Pingat Johan PSS Cemerlang Kategori Bandar kepada Pengetua

AJK Kerja bersama Lembaga Pengawas Perpustakaan

Pameran Hari Wanita

Pameran ini diadakan sempena sambutan Hari Wanita dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral.

Sumbangan wanita di Malaysia

Tokoh wanita yang berjasa di Malaysia


Pameran Pendidikan Moral

Pameran ini diadakan sempena Minggu Pendidikan Moral dengan tema Kitar Semula.

Bahan Maklumat Kitar Semula

Bahan-bahan Kitar Semula



Pameran Earth Day

Pameran ini diadakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang penjimatan penggunaan sumber alam.

Bahan Pameran Earth Day

Bahan Pameran Earth Day



Lawatan Ke Bazar Buku

Kelas 4VK1telah dibawa mengunjungi Bazar Buku yang dianjurkan oleh JPN di Kepala Batas.



Pelajar-pelajar 4VK 1 dibawa ke bazar buku anjuran JPN di Kepala Batas

Pelajar-pelajar 4VK1dibawa ke bazar buku anjuran JPN


Program NILAM

Pertandingan paling banyak membaca telah dijalankan dengan pengumpulan data dan penyampaian hadiah disampaikan oleh pengetua sekolah.


Pelajar yang memenangi hadiah paling banyak membaca

Pelajar mendapat hadiah paling banyak membaca



Bengkel Keratan Akhbar

Satu bengkel keratan akhbar telah dijalankan oleh PSS untuk membolehkan pelajar menghasilkan keratan akhbar untuk simpanan di PSS.

Pelajar-pelajar sedang menjalankan bengkel keratan akhbar

Pelajar-pelajar menjalankan bengkel keratan akhbar




Pameran Pendidikan Seni Visual

Pameran ini dianjurkan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni Visual.

Hasil-hasil guru dipamerkan

Hasil-hasil Pelajar dipamerkan






Pameran Buku

Pameran buku telah dijalankan di dewan sekolah untuk memudahkan pelajar membeli buku rujukan mereka.





Pelajar sedang memilih buku untuk dibeli

Pelajar-pelajar mengunjungi pameran buku di dewan

Penilaian PSS Cemerlang

Penilaian oleh pegawai BTPN atas pertandingan PSS Cemerlang Kategori Bandar telah dijalankan pada bulan Feb 2012.


Pengetua sedang memberi penerangan kepada pegawai penilaian

Penilaian dijalankan di PSS seklah







Pameran Bahasa Malaysia

Pameran ini dijalankan atas kerjasama dengan Panita Bahasa Malaysia dengan bertemakan Puisi dan Dialek Bahasa Melayu.

Maklumat Puisi dan dialek

Maklumat berkaitan dengan puisi dan dialek dipamerkan









Pameran Budaya Cina

Pameran ini dijalankan dengan kerjasama dengan Panitia Pendidikan Moral, Panitia Bahasa Cina dan Persatuan Bahasa Cina. Pameran ini diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Pakaian tradisional kaum Cina dipamerkan


                              Buku-buku berkaitan dengan adat resam kaum Cina dipamerkan
           











Pameran Origami

Pameran ini dianjurkan bersama dengan Panitia Pendidikan Moral. Pelajar dapat mengasahkan bakat mereka dalam menghasilkan origami mereka.


Buku-buku Origami dan hasil pelajar dipamerkan

Buku-buku Origami dipamerkan
















Pameran Buku-buku Ilmiah 2011

Pameran ini diadakan untuk memperkenalkan buku-buku yang berkualiti kepada pelajar untuk menarik mereka menggunakan PSS.


Buku-buku diperkenalkan kepada pelajar
Buku-buku dipamerkan di sudut pameran




Orientasi Pelajar Baru 2011

Orientasi pelajar ini telah dijalankan pada 3 Jan 2011. Pelajar-pelajar baru didedahkan kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan di PSS.


Pelajar sedang mendengar Taklimat

GPM memberi taklimat kepada pelajar baru











Perancangan Tahunan
Pusat Sumber Sekolah 2011
Sek. Men. Keb.Jelutong

Jan 2011
1. Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 ( 31 Dis 2010 ) 
2. Pameran Buku-buku Ilmiah ( 3 Jan -  16 Jan 2011 )
3. Pameran Origami ( 3 Jan - 16 jan 2011 )
4. Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS ( 5 Jan 2011 )
5. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS ( 10 Jan 2011 )
6. Buletin PSS SMK Jelutong Jan 2011  ( 31 Jan 2011 )

Feb 2011
1. Pameran Budaya Cina ( 17 Jan - 20 Jan 2011 )
2. Pertandingan Mereka Cipta Ang Pau ( 24 Jan 2011 )
3. Pameran Hari Valentine ( 7 Feb - 20 Feb 2011 )
4. Pameran Pendidikan Seni Visual ( 21 Feb - 6 Mac 2011 )
5. Pameran Buku ( 22 Feb 2011 )
6. Buletin PSS SMK Jelutong Feb 2011 ( 28 Feb 2011 )

Mac 2011
1. Pameran Bahasa Malaysia ( 7 Mac - 3 April 2011 )
2. Pameran Hari Wanita ( 7 Mac - 11 Mac 2011 )
3. Buletin PSS SMK Jelutong Mac 2011 ( 31 Mac 2011 )

April 2011
1. Pameran Pendidikan Moral  ( 4 April - 19 April 2011 )
2. Pameran Sains dan Matematik ( 20 April - 2 Mei 2011)
3. Pameran Earth Day ( 18 April - 24 April 2011 )
4. Pameran Hari Pekerja ( 25 April - 3 Mei 2011 )
5. Minggu PSS ( 4 April - 8 April 2011 )
6. Sambutan Hari Buku Sedunia ( 18 April - 22 April 2011 )
7. Buletin PSS SMK Jelutong April 2011 ( 30 April 2011 )


Mei 2011
1. Pameran Hari Ibu ( 3 Mei - 15 Mei 2011 )
2. Pertandingan Mereka Cipta Kad Hari Ibu ( 7 Mei 2011 )
3. Pameran Bahasa Inggeris ( 3 Mei - 15 Mei 2011 )
4. Pameran Hari Guru ( 16 Mei - 12 Jun 2011 )
5. Pameran Prinsip Akaun dan Perdagangan (16 Mei - 12 Jun 2011 )
6. Buletin PSS SMK Jelutong Mei 2011 ( 31 Mei 2011 )

Jun 2011
1. Pameran Geografi ( 13 Jun - 26 Jun 2011 )
2. Pameran Kemahiran Hidup ( 13 Jun - 26 Jun 2011 )
3. Lawatan Ke Pulau Pangkor ( 6 Jun - 8 Jun 2011 )
4. Buletin PSS SMK Jelutong Jun 2011 ( 30 Jun 2011 )

Julai 2011 
1. Pameran PKBP ( 4 Julai - 17 Julai 2011 )
2. Pameran PJPK  ( 18 Julai - 30 Julai 2011 )
3. Buletin PSS SMK Jelutong Julai 2011 ( 31 Julai 2011 )

Ogos 2011
1. Pameran Bahasa Cina ( 1 Ogos - 14 Ogos 2011 )
2. Pameran Kemerdekaan ( 15 Ogos - 19 Spet 2011 )
3. Program Jejak Maklumat  ( 5 Sept - 9 Sept 2011 )
4. Pameran Budaya Melayu ( 15 Ogos - 4 Sept 2011 )
5. Buletin PSS SMK Jelutong Ogos 2011 ( 31 Ogos 2011 )

Sept 2011
1. Pameran Perayaan Kuih Bulan ( 5 Sept - 18 Sept 2011 )
2. Pameran Pendidikan Sivik ( 5 Sept - 18 Sept 2011 )
3. Pameran Buah-buahan Tempatan ( 19 Sept - 2 Okt 2011 )
4. Buletin PSS SMK Jelutong Sept 2011 ( 30 Sept 2011 )

Okt 2011
1. Pameran Budaya India (  17 Okt - 30 Okt 2011 )
2. Buletin PSS SMK Jelutong Okt 2011 ( 31 Okt 2011 )

Nov 2011
1. Pameran Buku-buku Ilmiah ( 1 Nov - 30 Nov 2011 )
2. Buletin PSS SMK Jelutong Nov 2011 ( 30 Nov 2011 )

Dec 2011
1. Pameran Buku-buku Ilmiah ( 1 Dec - 31 Dec 2011 )




Disediakan oleh,
See Bee Khim
Guru Perpustakaan dan Media
Sek.Men.Keb. Jelutong
27 Dis 2010

AKTIVITI PEMBELAJARAN DI PERPUSTAKAAN 










PERTANDINGAN DI  PERPUSTAKAAN

PAMERAN DI  PERPUSTAKAAN



PELAN PERPUSTAKAAN






































PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Pendahuluan


1. Semua pengguna Perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan perpustakaan.
2. Semua Guru Perpustakaan, Penolong Perpustakaan dan pengawas Perpustakaan
    diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan ini.
3. Tindakan-tindakan berikut akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan :
    • Amaran
    • Denda
    • Tindakan disiplin oleh guru disiplin sekolah
    • Penggantungan daripada mana-mana atau kesemua kemudahan                       perpustakaan sekolah selama satu tempoh masa yang ditentukan.
Masa Pembukaan Perpustakaan

Isnin hingga Jumaat : 7: 30 pagi hingga  5:30 petang
*Segala perubahan berkenaan masa pembukaan Perpustakaan akan diberitahu
kepada pengguna melalui Papan Kenyataan Perpustakaan di depan perpustakaan.

Pinjaman Bahan-bahan Perpustakaan

1. a. Setiap pelajar mesti mempunyai 1 kad pinjaman Perpustakaan rasmi.
    b. Kad pinjaman perpustakaan tidak boleh dipinjamkan kepada pelajar lain. 
    c. Kad yang hilang harus diganti dengan kad yang baru yang boleh dibeli dari 
        perpustakan.
2. a. Setiap peminjam mesti menunjukkan kad peminjam perpustakaan semasa
         membuat pinjaman atau pembaharuan.
    b. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa bahan perpustakaan tanpa
        pinjaman yang sah.
3.  Setiap kad pinjaman membolehkan seseorang pelajar meminjam 2 buah buku
     sahaja pada satu masa.
4.  Hanya pelajar yang memakai pakaian seragam sekolah dengan lencana sekolah
     dan tag nama dibenarkan untuk meminjam buku dari perpustakaan.
5.  Pengguna bertanggungjawab terhadap semua bahan yang dipinjam. Bahan
     perpustakaan yang dipinjam tidak boleh diserahkan kepada pengguna lain.
6.  Kehilangan atau kerosakan bahan perpustakaan mesti dilaporkan dengan segera.
     pengguna akan diminta untuk menggantikan bahan yang hilang dengan bahan yang
     berjudul sama atau membayar harga asal buku itu.


Tempoh Pinjaman

1. Tempoh pinjaman adalah selama 1 minggu.
2. Pemulangan lewat akan didenda RM 0.10 setiap hari ( tidak termasuk hari Ahad   
    dan hari Kelepasan Am ) bagi setiap buku
3. Pembaruan secara berturut-turut hanya dibenarkan sebanyak sekali sahaja.

Bahan-bahan Bukan Pinjaman

1. Majalah                                         
2. Risalah
3. Suratkhabar                                    
4. Kamus
5. Buku Simpanan Khas


Perilaku Pengguna Perpustakaan   

1. Pelajar yang tidak berpakaian seragam sekolah atau kemeja T sekolah atau yang 
    berpakaian tidak senonoh tidak dibenarkan untuk masuk ke perpustakaan.
2. Makanan, minuman, beg dan bungkusan ( kecuali fail ) tidak dibenarkan dibawa 
    masuk ke Perpustakaan. Semua beg dan bungkusan hendaklah diletakkan di rak 
    yang disediakan di luar perpustakaan atas tanggungjawab sendiri.
3. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising, bersembang atau bergelak ketawa 
    dengan kuat.
4. Semua pengguna mesti menunjukkan semua bahan kepada Pengawas 
    Perpustakaan yang bertugas semasa hendak keluar dari perpustakaan.
5. Kerusi, meja dan perabot-perabot perpustakaan tidak boleh dipindah dari tempat
    asalnya.
6. Pengguna yang didapati menconteng, merosakkan atau memusnahkan mana-mana
    harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan
    kepada barang-barang tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
























No comments:

Post a Comment